Prom Space

Entries ∞ About


Overview

Welcome to my territory !


Perjalanan.
Wednesday, February 4, 2015 | 0 comments
Assalamualaikum. Cerah mata nak update blog hari ni. Aku pun tak tahu kenapa semangat nak bercerita hari ini semakin membuak-buak. Dinamika saya A+. Mungkin sebab tu anugerah untuk mengarang masih tersemat dalam sanubari. Kerinduanku terhadap Cikgu BahasaMelayuku akhirnya terluah. Terima kasih cinta. Sebarkan sayangku buat yang merindui.

Baiklah.

Bermulanya tintaku di sini.

Seperti sedia maklum, program matrikulasi sudahku tamatkan dengan hampir sempurna. Hampir. Alhamdulillah. Pengalaman di matrik banyak juga sebenarnya mengajar pelbagai masalah dan solusi. Kawan-kawan dengan pensyarah-pensyarah paling daebak. Maaflah berkorea sikit bahasa. Rasanya posting lepas dah ada pengalaman matrik. Bacalah kalau rajin. Kah!

Tamat matrikulasi, balik ke rumah idaman untuk menunggu lamaran degree. Pening saya awak masa nak apply UPU tu. Momen-momen serabut masa SPM dan apply UPU tu menyerpa kembali. Adik-adik yang nak tunggu keputusan SPM 2014 tu tolongggg apply elok-elok ye UPU. Fikir seluas bumi dan lautan. Rasanya ada satu laman web yang boleh ukur minat kita melalui soal jawab lepas tu keluar keputusan universiti mana yang layak dipohon berdasarkan minat dan keputusan. Masa aku jawab soal jawab tu, aku dapat kos yang berkaitan dengan kemahiran "bersosial" dengan mesin berbanding bersosial dengan masyarakat. Sumpah aku rasa macam mengarut gila sebab aku lebih suka bersosial dengan manusia. Macam guru cemtuwww. Keluar result UPU masa zaman SPM dapat program sains diploma UPSI. Diploma? Maaflah nak kahwin cepat. Terpaksa ku mengambil langkah untuk ke matrikulasi. Kahkah!

Okay.

Sambung cerita tunggu keputusan UPU kembali untuk melanjut pelajaran ke peringkat degree. Aku memang apply kejuruteraan. Dari RU sampai non-RU semuanya apply kejuruteraan. Bila fikir balik soal jawab aku jawab dekat laman web masa spm dulu, rasa macam ... Em memang jodoh dengan mesin kuat. Hadoi.

RU tu apa? RU tu Research University. Macam universiti paling top gitew dalam Malaysia. Bila apply tu rasa macam "eh memang idok ler dapat RU". Tapi berharap jugak dapat hakhak! Majoriti RU tu memang apply UTM kos kejuruteraan kimia kebanyakan. Rasanya 5 pilihan untuk RU. Dan 8 pilihan untuk non-RU tu semua ratanya aku apply UITM kos kejuruteraan jua. Harapan tu ku sandarkan kepada UITM sahaja sebab UTM rasa macam semput nak dapat.

Keluar result UPU ...


Unpredictable dapat UTM. Sangat tak sangka. Dapat pulak kos pilihan pertama Kejuruteraan Proses Kimia, UTM. Alhamdulillah. Mimpi indah seminggu tu. Paling tak sangka kos aku ni bridging programme dengan Jepun. Alhamdulillah lagi sekali. Masa dapat program diploma MARA-Jepun dulu terpaksa refused sebab ikut pilihan ibu bapa. Tak sangka pulak dapat degree ni dapat kos Malaysia-Jepun. Cerita dia redha ibu bapa tu penting masa belajar.


Belajar dekat Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia sangat seronok. Part seronok bila dapat kawan. Bonding dia tu masyallah rapat. Agaklah. Walaupun ada bergaduh pun tapi alaa sekejap je, lepas tu rapat kembali awhh.

Walau bahagia dengan classmates tersayang, aku tak pernah tinggalkan classmates masa matrik dulu. Rindu nak bertemu bercambah dari hari ke hari. Semoga pertemuan kita nak buat reunion lepas graduate termakbul. Walaupun rasa macam berjanggut jugak aku nak tunggu, tapi harapnya berbaloi.



"The greatest gift of life is friendship, and I have received it."
 - Hubert H. Humphrey 





*matricmate*




*mjiitmate*







Menyepi.
Sunday, June 15, 2014 | 0 comments
Assalamualaikum adik-adik. Haa ni lah padah tak dapat pergi jadi AJKO untuk minggu orientasi matrik perak awesome pergh tu. Berangan jugak nak pegang mikrofon nak sahut dan menjerit "Hai adik adik" dalam satu dewan. Tapi takpelah tak kesampaian. Sedih? Hmm agak ah.

Lama kan tak update blog? Sebenarnya ada je wifi area matrik cuma masa tu tak ada. Faham tak? Bagus. Buat yang taktahu aku pursue studies kat mana lepas spm, aku baru je tamat matrik. Bangga ke tak? Of course lah bangga sebab di usia muda dah nak degree dah itewww. Semangat tak? Hahahahaha.

Hidup dekat matrik penuh dugaan, onak duri, rintangan dan semua macam mende yang menyebabkan aku hampir tiap-tiap hari terase nak balik rumah walaupun tak. Dulu berangan tau nak pergi sambung mengaji dekat aussie tapi dah dekat matrik pun dia punya kempunan nak balik tu punyalah tinggi apatah lagi kalau duduk dekat aussie. Boleh bayangkan tak? Bagus.

8 bulan dekat matrik ((kalau tak silap)) sangatlah singkat. Hidup dekat matrik bukan nightmare seperti yang disangka okay. Hidup dekat matrik sangatlah indah. Buat assignments, tutor, lab report. Rindu sangat. Nampak tak menipu dekat situ? Kawan-kawan dekat matrik adalah salah satu faktor kenapa moment indah aku terpahat dekat matrik. Aku dulu dekat sekolah jujur kuakui takde pun kawan yang sanggup kongsi masalah, suka dan duka, takde pun crush hahaha betul ni, takde pun masa nak belajar serious macam dekat matrik. Ni betul tak tipu. Bersyukur sangat ada classmate(s) F2T9 yang sangat memahami sesangat sangatnya tahap infiniti yang sentiasa bantu aku dari sem satu sampai sem dua. Dan buat roomates terchinthor eli dan farhan dan jiran sebelah tak dilupakan jugak. Aku banyak berubah jadi better than before masa sem 2 sumpah wa cakap. Perubahan tu tak lain tak bukan sebab jiran tetangga lah yang selalu ada masa susah dan senang walaupun kekadang tu sakit hati tapi tak simpan pun dalam hati hihihi.

Sekarang dah habis matrik. Duduk rumah je itewww nak kerja lepas tangguh pastu tangguh dan tangguh. Duduk rumah tengok tv, makan, tidur pastu bangun balik. Ini bukan life ini namanya lifeless. Masa dekat matrik sibuk angau nak duduk dekat rumah masa final sem. Tapi sekarang dah duduk dekat rumah, sibuk nak balik matrik. Nampak tak permainan? Aku pun tak faham.

Ramadhan Kareem bakal menjelma. Alhamdulillah dapat lah aku bersahur, berbuka, berterawih bersama keluarga tercinta hihihi tapi rindu jugak nak buat semua tu dengan bebudak matrik. Hmm ish ish asik asik matrik -,-

Aku pun dah taknak berleter sebab takde pun orang nak baca hahaha. Lagi berapa bulan nak sambung degree. Harapan nak dapat kos chemical engineering sangatlah tinggi cuma aku hanya mampu tunggu dan redha.


Hidup akan sentiasa indah kalau kita selalu ingatkan Allah di mana jua kita berada. Hari ni ingat tak nak angkat tangan bersyukur dan sebut alhamdulillah? Kalau belum buatlah sekarang tanda kita bersyukur atas semua nikmatNya.







Matrikulasi Perak
Thursday, May 23, 2013 | 0 comments
Awas ! Entri kali ni penuh dengan air mata uhukssssss.


Haaaai assalamualaikum silent readers yang tak berapa nak silent sangat. Hari ni mungkin hari last aku update blog *kononnya* sebab dah tak sampai seminggu nak pergi pursue studies. Sedih memang sedih. Sedih bukan apa sebab sedih nanti jarang online semua mende. Ahh sedih y'know.

Previous post dah obviously cakap aku akan pergi Matrik Perak @ kmpk. Sebenarnya matrik last choice tapi satgi aku eksplen kenapa tetibe jadi main option.

 Okay sekarang ni macam ni. Keputusan matrik keluaq awal daripada upu dan ipg. Bila result matrik dah keluaq, aku check sesaje. So just hiraukan aje lah borang yang mana ada sebab mind dah set okay nak pi ipg by hook or by crook gitewwww.

Tapi malang tak berbau, bau badan yang berbau. Tawaran temuduga ipg pun tak dapat. Sokay ipg sekarang dah demand ye anak anak. Ambik 7a ke atas sahaja. So sesiapa yang berhasrat nak masuk ipg @ maktab, sila belajaq betul betul. Berapa A spm aku? Barang lepas jangan dikenang.

So lepas dah terlepas ipg, masih setia menunggu tawaran upu. Oh tak lupa juga tunggu juga tawaran Program Ijazah Luar dan Dalam Negara under MARA. 

Lepas makan, tidoq, minum, tengok tv, mandi dan tidoq balik. Keputusan upu keluaq. Jeng jeng jeng guess what aku dapat offer from UPSI dengan berkoskan Diploma Sains. Sebenarnya sangat sangat menyesal sebab masa register upu, dia akan tanya kita nak kos apa. Dia bagi 3 pilihan tawwwww. So first choice aku pilih pendidikan. Second kejuruteraan. Lastly sains tulen. Dalam hati memang dah terpaut nak ambik asasi kejuruteraan under UITM. So pilihan pertama sampai lah kelima aku pilih kejuruteraan semuanya. Dan malangnya aku tak hirau sangat kos pendidikan yang aku jadikan main option sebab keliru nak mampus. So bila keputusan upu keluaq, pilihan kejuruteraan tu semua dia pergi buang dekat laut, tapi bagi tawaran dekat UPSI. Aku pun terfikir kenapa dapat UPSI sedangkan tak pilih punnnnnnnnnnnn. Oh rupanya kos pertama aku pilih pendidikan. Sebab tu dia offer UPSI. Menyesal tu menyesal jugak tapi mende dah lepas. Lepaskanlah uuu uuu.

Disebabkan diploma ni makan masa tiga tahun, so aku reject UPSI awal awal. Harapan satu lagi yang tinggal adalah tawaran MARA. Aku pun tidoq, makan, minum, mandi dan tidoq lagi. Lepas tu tawaran MARA pun dah released. Alhamdulillah dapat. Yippieeeeeee. Tapi sayang. Program yang aku dapat adalah program diploma. Bila dah reject MARA, so tinggal yang mana? Tinggal lah matrikulasi hehehehehehe.

Matrikulasi yang last choice tetibe jadi pilihan dihatiku. Banyak jugak tohmahan mak nenek semua cakap matrik susah lah. Nanti fail matrik kena ambik diploma lah. Tapi alhamdulillah kakak kakak dan abang abang yang masuk matrik semua sokong usaha murni aku nak masuk matrik sebab diaorang cakap belajaq dekat mana mana pun semua je sama. Kalau cakap pasal kegagalan memang kita akan takut, nebes semua. Tapi kita kena fikir yang kita nak cari kejayaan. So segala kata-kata kegagalan mohon buang dalam diri.

Bagi sesiapa yang masuk matrikulasi, syabas sebab anda dah buat keputusan yang bijak ! *yeke......*

Dan buat ma dan abah yang memang dari mula suruh aku masuk matrik, acik akan buktikan acik akan belajaq betui betui nak tebus balik spm yang dah bocor humph cedewyh. Mohon restu ye ma abah.

Buat yang masuk upu, tahniah jugak!

Buat yang join Program Ijazah Luar Negara double-tahniah !



Spongebob's Story
Friday, November 25, 2011 | 7 comments
One day, Patrick and Spongebob at the driving class
\eh tetibe/








After the class, Spongebob went to the Krusty Krab.....






















Then Spongebob reached at Krusty Krab














Then, Spongebob completed all his job and SUDDENLY...



















































WILL BE CONTINUED...















| Newer Post