Prom Space

EntriesAbout


Overview

Welcome to my territory !


Matrikulasi Perak
Thursday, May 23, 2013 | 0 comments
Awas ! Entri kali ni penuh dengan air mata uhukssssss.


Haaaai assalamualaikum silent readers yang tak berapa nak silent sangat. Hari ni mungkin hari last aku update blog *kononnya* sebab dah tak sampai seminggu nak pergi pursue studies. Sedih memang sedih. Sedih bukan apa sebab sedih nanti jarang online semua mende. Ahh sedih y'know.

Previous post dah obviously cakap aku akan pergi Matrik Perak @ kmpk. Sebenarnya matrik last choice tapi satgi aku eksplen kenapa tetibe jadi main option.

 Okay sekarang ni macam ni. Keputusan matrik keluaq awal daripada upu dan ipg. Bila result matrik dah keluaq, aku check sesaje. So just hiraukan aje lah borang yang mana ada sebab mind dah set okay nak pi ipg by hook or by crook gitewwww.

Tapi malang tak berbau, bau badan yang berbau. Tawaran temuduga ipg pun tak dapat. Sokay ipg sekarang dah demand ye anak anak. Ambik 7a ke atas sahaja. So sesiapa yang berhasrat nak masuk ipg @ maktab, sila belajaq betul betul. Berapa A spm aku? Barang lepas jangan dikenang.

So lepas dah terlepas ipg, masih setia menunggu tawaran upu. Oh tak lupa juga tunggu juga tawaran Program Ijazah Luar dan Dalam Negara under MARA. 

Lepas makan, tidoq, minum, tengok tv, mandi dan tidoq balik. Keputusan upu keluaq. Jeng jeng jeng guess what aku dapat offer from UPSI dengan berkoskan Diploma Sains. Sebenarnya sangat sangat menyesal sebab masa register upu, dia akan tanya kita nak kos apa. Dia bagi 3 pilihan tawwwww. So first choice aku pilih pendidikan. Second kejuruteraan. Lastly sains tulen. Dalam hati memang dah terpaut nak ambik asasi kejuruteraan under UITM. So pilihan pertama sampai lah kelima aku pilih kejuruteraan semuanya. Dan malangnya aku tak hirau sangat kos pendidikan yang aku jadikan main option sebab keliru nak mampus. So bila keputusan upu keluaq, pilihan kejuruteraan tu semua dia pergi buang dekat laut, tapi bagi tawaran dekat UPSI. Aku pun terfikir kenapa dapat UPSI sedangkan tak pilih punnnnnnnnnnnn. Oh rupanya kos pertama aku pilih pendidikan. Sebab tu dia offer UPSI. Menyesal tu menyesal jugak tapi mende dah lepas. Lepaskanlah uuu uuu.

Disebabkan diploma ni makan masa tiga tahun, so aku reject UPSI awal awal. Harapan satu lagi yang tinggal adalah tawaran MARA. Aku pun tidoq, makan, minum, mandi dan tidoq lagi. Lepas tu tawaran MARA pun dah released. Alhamdulillah dapat. Yippieeeeeee. Tapi sayang. Program yang aku dapat adalah program diploma. Bila dah reject MARA, so tinggal yang mana? Tinggal lah matrikulasi hehehehehehe.

Matrikulasi yang last choice tetibe jadi pilihan dihatiku. Banyak jugak tohmahan mak nenek semua cakap matrik susah lah. Nanti fail matrik kena ambik diploma lah. Tapi alhamdulillah kakak kakak dan abang abang yang masuk matrik semua sokong usaha murni aku nak masuk matrik sebab diaorang cakap belajaq dekat mana mana pun semua je sama. Kalau cakap pasal kegagalan memang kita akan takut, nebes semua. Tapi kita kena fikir yang kita nak cari kejayaan. So segala kata-kata kegagalan mohon buang dalam diri.

Bagi sesiapa yang masuk matrikulasi, syabas sebab anda dah buat keputusan yang bijak ! *yeke......*

Dan buat ma dan abah yang memang dari mula suruh aku masuk matrik, acik akan buktikan acik akan belajaq betui betui nak tebus balik spm yang dah bocor humph cedewyh. Mohon restu ye ma abah.

Buat yang masuk upu, tahniah jugak!

Buat yang join Program Ijazah Luar Negara double-tahniah !



Older Post | Newer Post