Prom Space

EntriesAbout


Overview

Welcome to my territory !


Perjalanan.
Wednesday, February 4, 2015 | 0 comments
Assalamualaikum. Cerah mata nak update blog hari ni. Aku pun tak tahu kenapa semangat nak bercerita hari ini semakin membuak-buak. Dinamika saya A+. Mungkin sebab tu anugerah untuk mengarang masih tersemat dalam sanubari. Kerinduanku terhadap Cikgu BahasaMelayuku akhirnya terluah. Terima kasih cinta. Sebarkan sayangku buat yang merindui.

Baiklah.

Bermulanya tintaku di sini.

Seperti sedia maklum, program matrikulasi sudahku tamatkan dengan hampir sempurna. Hampir. Alhamdulillah. Pengalaman di matrik banyak juga sebenarnya mengajar pelbagai masalah dan solusi. Kawan-kawan dengan pensyarah-pensyarah paling daebak. Maaflah berkorea sikit bahasa. Rasanya posting lepas dah ada pengalaman matrik. Bacalah kalau rajin. Kah!

Tamat matrikulasi, balik ke rumah idaman untuk menunggu lamaran degree. Pening saya awak masa nak apply UPU tu. Momen-momen serabut masa SPM dan apply UPU tu menyerpa kembali. Adik-adik yang nak tunggu keputusan SPM 2014 tu tolongggg apply elok-elok ye UPU. Fikir seluas bumi dan lautan. Rasanya ada satu laman web yang boleh ukur minat kita melalui soal jawab lepas tu keluar keputusan universiti mana yang layak dipohon berdasarkan minat dan keputusan. Masa aku jawab soal jawab tu, aku dapat kos yang berkaitan dengan kemahiran "bersosial" dengan mesin berbanding bersosial dengan masyarakat. Sumpah aku rasa macam mengarut gila sebab aku lebih suka bersosial dengan manusia. Macam guru cemtuwww. Keluar result UPU masa zaman SPM dapat program sains diploma UPSI. Diploma? Maaflah nak kahwin cepat. Terpaksa ku mengambil langkah untuk ke matrikulasi. Kahkah!

Okay.

Sambung cerita tunggu keputusan UPU kembali untuk melanjut pelajaran ke peringkat degree. Aku memang apply kejuruteraan. Dari RU sampai non-RU semuanya apply kejuruteraan. Bila fikir balik soal jawab aku jawab dekat laman web masa spm dulu, rasa macam ... Em memang jodoh dengan mesin kuat. Hadoi.

RU tu apa? RU tu Research University. Macam universiti paling top gitew dalam Malaysia. Bila apply tu rasa macam "eh memang idok ler dapat RU". Tapi berharap jugak dapat hakhak! Majoriti RU tu memang apply UTM kos kejuruteraan kimia kebanyakan. Rasanya 5 pilihan untuk RU. Dan 8 pilihan untuk non-RU tu semua ratanya aku apply UITM kos kejuruteraan jua. Harapan tu ku sandarkan kepada UITM sahaja sebab UTM rasa macam semput nak dapat.

Keluar result UPU ...


Unpredictable dapat UTM. Sangat tak sangka. Dapat pulak kos pilihan pertama Kejuruteraan Proses Kimia, UTM. Alhamdulillah. Mimpi indah seminggu tu. Paling tak sangka kos aku ni bridging programme dengan Jepun. Alhamdulillah lagi sekali. Masa dapat program diploma MARA-Jepun dulu terpaksa refused sebab ikut pilihan ibu bapa. Tak sangka pulak dapat degree ni dapat kos Malaysia-Jepun. Cerita dia redha ibu bapa tu penting masa belajar.


Belajar dekat Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia sangat seronok. Part seronok bila dapat kawan. Bonding dia tu masyallah rapat. Agaklah. Walaupun ada bergaduh pun tapi alaa sekejap je, lepas tu rapat kembali awhh.

Walau bahagia dengan classmates tersayang, aku tak pernah tinggalkan classmates masa matrik dulu. Rindu nak bertemu bercambah dari hari ke hari. Semoga pertemuan kita nak buat reunion lepas graduate termakbul. Walaupun rasa macam berjanggut jugak aku nak tunggu, tapi harapnya berbaloi.



"The greatest gift of life is friendship, and I have received it."
 - Hubert H. Humphrey 





*matricmate*




*mjiitmate*







Older Post